Kita percaya kepada kehidupan selepas mati tetapi kita tidak mahu membuat persiapan yg sewajarnya dan bukannya secara berlebihan pun. Kita tiada masa langsung untuk memikirkan cara bagaimanakah kita hendak menyediakan bekalan untuk kehidupan kekal itu nanti walhal kita ini bukanlah suatu golongan yg tidak tahu hukum hakam dan selok belok persoalan serta tuntutan agama kepada kita. . . . . Persoalannya ialah kita ini dalam kategori manusia yg seperti apa sebenarnya? Adakah kita ini tergolong dalam golongan manusia yg menolak kebenaran agama yg dibawa oleh Rasulullah SAW padahal kita tahu dan yakin ajaran agama yg dibawa oleh baginda itu adalah benar? ataukah kita ini adalah seorang yg suka bertangguh tangguh dalam melaksanakan amalan seolah olah kita tahu tarikh kematian kita? ataupun kita ini memang seorang yang pemalas? atau kita ini bersangka baik bahawa keampunan,pengecualian dan rahmat Allah itu confirm milik kita? Sebaliknya kalau urusan yg berkaitan dengan makan ,minum dan segala pekerjaan harian rutin kita . . . maka kita adalah termasuk dalam golongan yg memang tip top dan sentiasa up to date? Tiada penangguhan, tidak malas dan tiada dalih sedikit pun. Tidak perlu ada orang untuk menyeru dan mengingatkan diri kita untuk mengerja dan menyempurnakan pekerjaan pekerjaan itu. Walhal kalau dibandingkan dengan amalan solat cuma mengambil masa kurang dari 10 minit sedangkan pekerjaan pekerjaan selain solat tadi memakan masa berjam jam lamanya. MENURUT PENDAPAT KALIAN FENOMENA SEBEGINI SEMEMANGNYA ADALAH NORMAL, LUMRAH DAN FITRAH AZALI MANUSIA KAH ???? . . .ATAU PUN BAGAIMANA ???? APA KOMEN KALIAN. SEKIAN.